Bismillah,
Assalamualaikum
Okay,
sila jangan pelik kenapa tiba-tiba Aussie muncul balik. Sebabnya, aku belek-belek balik entry aku
dekat blog ni *kan tengah menganggur, banyak le masa terlebih*, dan aku terbaca
balik entry aussie aku yang terakhir.
Entry tu tergantung. Ini confirm
kes malas terlampau ni. So here I am,
duduk depan laptop sambil perah otak untuk ingat balik.
-------------------------------------------------------
Hidup
bersembilan di perantauan
Seperti
yang aku dah cerita dengan panjang lebarnya~ dalam entry aku sebelum-sebelum ni
*nah aku letak link balik kat bawah*, kitorang 9 orang stay lama sikit untuk
buat retail pharmacy attachment di Wagga Wagga.
Sebelum ni aku cuma cerita pasal attachment saja, kali ni nak cerita
benda yang tak berkaitan dengan attachment pulak.
-----------------------------------
Dinner
Evolution
Okay,
why did I write ‘dinner Evolution’?
Sebabnya, kitorang kat sini takde siapa-siapa *titik eyemo kat mata*. So money is tight! Bukanlah tak berduit sangat pun, tapi
kitorang bajet-bajet la terutama sekali bab makan. Disebabkan kitorang nak berjimat, kitorang
tak makan luar *eh tipu, aku-yana-bihah lunch luar haha sebab kitorang je tak puasa*. Lagipun kitorang ni kan terpisah masa
attachment, agak leceh la kalau makan malam luar.
Gambar-gambar
kat bawah ni gambar dinner yang kitorang masak sepanjang di sana. Oh?
Aku tolong je, aku mana reti masak-masak ni haha.
#day
1; spaghetti and quite a number of side dishes
| kredit photo to kak fatin. gigih dia ambik gambar setiap kali sebelum makan. kimi? kimi malas, kimi tunggu nak baham makanan je ;p |
Taklah
mahal pun kalau nak masak spaghetti kat sini.
Bahan nak buat masakan melayu LAGI mahal hokay! Eh, kalau nak masak masakan melayu pun boleh. In fact, kat pasaraya tu ada special section lagi untuk beli bahan-bahan berkenaan, haha.
Dan sebenarnya ada udang di sebalik spaghetti rupanya malam tu. Alkisahnya, diorang buat surprise birthday kat aku malam tu. Sebab tu dinner special sikit. Sebenarnya aku blur masa diorang buat surprise, sebabnya birthday aku bukan hari tu pun, 4 hari lagi! Salah information rupanya hahaha.
Dan sebenarnya ada udang di sebalik spaghetti rupanya malam tu. Alkisahnya, diorang buat surprise birthday kat aku malam tu. Sebab tu dinner special sikit. Sebenarnya aku blur masa diorang buat surprise, sebabnya birthday aku bukan hari tu pun, 4 hari lagi! Salah information rupanya hahaha.
Nevertheless,
thanks guys! Dapat hadiah besday 4 hari awal tak memasal.
#day
2; nasi goreng kosong, telur goreng + lebihan fish and chip di CSU + teh lemon
Dinner
malam ni memang sedih lah. Okey, ayat itu over. Takla sedih sangat pun haha, tapi bila compare ngan dinner di hari-hari lain tu kira sedih la kan. Teh lemon tu
buat sebabnya banyak lebih lemon dalam peti sejuk haha. Lemon tu sampai hari kitorang balik masih banyak lagi. Akhirnya bagi kat tuan rumah je.
Kak fatin buat teh lemon dalam periuk gergasi kot! Penuh periuk tu dengan teh lemon, cukup untuk 9 orang sampai hari-hari terakhir kitorang di Wagga Wagga. Hari ni semua letak dalam mug elok-elok. Esok lusa letak periuk terus kat ruang makan, siapa nak ceduk je air tu, sonang!
Kak fatin buat teh lemon dalam periuk gergasi kot! Penuh periuk tu dengan teh lemon, cukup untuk 9 orang sampai hari-hari terakhir kitorang di Wagga Wagga. Hari ni semua letak dalam mug elok-elok. Esok lusa letak periuk terus kat ruang makan, siapa nak ceduk je air tu, sonang!
#day
3; nasi putih, ayam masak kicap, teh lemon
| periuk teh lemon lagi besar dari periuk ayam kicap haha. Eh? Mana lemon dalam periuk? |
Kan! Tengok dalam gambar, periuk tu bukan berisi
kuah kicap ye puan-puan. Periuk tu
berisi teh lemon! Hari ni ada ayam
*yeay!*. Alkisahnya, ayam tu
aku-yana-bihah yang beli. Sebaris dengan
tempat kitorang buat attachment tu ada kedai ayam *okay, cam pelik je bunyi
kedai ayam eh*. Kitorang dok tenung ayam
tu agak lama la, dok menimbang tara;
“patutkah kita beli ayam? Cam sedih je makan takde lauk kan...”
Haha,
takdelah camtu conversation kitorang.
Selepas calling calling member kat tempat-tempat lain, kitorang pun beli
la ayam tu *9 drumstick*. Maka dinner
malam ni taklah sesedih dinner semalam, muahaha~ Oh, ayam tu halal ye. Kitorang dah check dan double check dengan Dr
Hassan. Lagipun, diorang sangat
bagus. Kalau tak halal memang diorang
akan cakap.
#day
4; spaghetti and many side dishes!
| cupcakes yang emma bawak, cake tu sama je cam cupcakes ni, cuma saiz besau le |
| meriah weii, siap ade stoberi celup coklat lagi tu, chips, timtam~ tapi air pepsi tin tu lebihan masa dinner di CSU, muahaha~ |
Malam
ni dinner special! Sebab kitorang jemput
kawan tempat kerja kitorang datang dinner kat rumah. Maka kenalah masak elok-elok sikit. Emma pun datang bawak kek dan kek cawan. Seronok la malam tu. Macam-macam kami “bincang”. Rindu la nak dengar najwa nyanyi lagu UIA
lagi haha, orang lain mampu jadi background singer je la.
#day
5; McDonalds
| air kesayangan sepanjang attachment bagi boost energy, penat woi berdiri sepanjang hari kat farmasi tu, tu tak kena ubat-ubat terjatuh atas kepala depan customer lagi tu. |
| first time dine out kat wagga wagga~ semua pakai baju raya, macam sambut raya di perantauan gamaknya haha |
Sebelum
nak condemn kitorang, meh sini aku explain dulu kenapa McDonalds? Alkisahnya begini, semua orang puasa *again, please exclude
me-yana-bihah, kitorang hari pertama dah bukak puasa kat farmasi tu haha*, dan hari ni hari khamis.
Kenapa dengan hari khamis ni?
Sebabnya;
- Malam terakhir kami di Wagga Wagga. Esok hari dah cabut pergi Melbourne dah.
- Malam ni malam ‘bershopping’ bagi penduduk Wagga Wagga! Sepanjang di sini, semua kedai tutup awal *around 7 pm*. Dalam 1 minggu, hari khamis je kedai tutup lewat sampai pukul 9 malam. Memandangkan hari ni hari terakhir kitorang di sini, kitorang janji lepas habis kerja, semua cari jalan ke Bandar untuk berbuka dan shopping!
- Birthday kimi! :p Malam ni baru betul birthday aku! Dapat le merasa orang nyanyi happy birthday kat kaki jalan haha.
So,
we meet at Baylis Street that evening to search for a halal restaurant. Cari punya cari tak jumpa-jumpa! Sebelum ni kat Malaysia ada jumpa 1 kedai
makanan india yang halal dalam internet, pun takde jumpa, haihhhh…. We did spotted a restaurant which served
Lebanese cuisine. Dah excited dah
ni. Makanan arab pun jadilah. Tiba-tiba terperasan ada word ‘pork’ dekat
cermin kedai dia. Musykil sungguh! So tak jadi.
Lama-lama,
jumpa juga kedai makanan india tu. Tapi,
nampak mahal sangat. Kitorang
intai-intai, setting kedai makan tu macam hotel. Kitorang tak berani la takut-takut tak cukup
duit haha, esok nak pergi Melbourne balik, so again, money is tight. So, last resort kitorang McDonalds je la
sebab Dr Hassan memang cakap yang ni halal.
Lepas
makan jalan-jalan dan shopping. Dapat hadiah besday lagi malam ni haha. Kitorang
sangat berjimat bab makan. Pergi kerja
pun jalan kaki je. So, hari last ni duit
terlebih-lebih pulak. Siap boleh tukar
ke ringgit Malaysia balik!
Malam ni makan kat Tullamarine Airport,
Melbourne je hehe. Mangkuk bubur ni bersaiz gergasi. Nak masukkan muka pun boleh~ Dan bubur ni best! Sebab takde sayur, semua orang boleh agak kenapa aku makan dengan muka berbunga-bunga malam tu, muahaha~
Jalan
kaki pergi kerja
Seperti
yang pernah aku cerita juga sebelum ni, kitorang pergi-balik kerja jalan
kaki. Puas hati la walaupun penat sikit. Masa tu baru masuk musim bunga, so bunga tu
ada di mana-mana. Kambing biri-biri pun
bersepah-sepah *dalam kandang le*.
Kambing biri-biri kat sana tu macam lembu kat sini. Kandang tepi jalan camtu je. Kitorang nak pergi-balik kerja lalu kandang dia. Hari pertama semua excited! Lepas tu tak heran dah le ngan kambing tu.
Cuma
yang tak bestnya, hampir setiap rumah ada anjing. Paham la kan anjing yang ada tuan ni, asal ada
orang yang tak dikenali lalu depan rumah dia je dia nak menyalak. Kat Malaysia mana ada camtu. Rumah pertama tu memang terlompat-lompat
kitorang sebab terkejut. Lepas tu dah
tak heran cam kambing tu haha.
Pernah 1 hari tu, ribut kuat *cam nak hujan le* masa kitorang jalan nak balik rumah. Cuak sangat masa tu! Agak-agak kalau angin tu kuat sikit lagi aku dah boleh terbang balik Malaysia *okey itu tipu*. Tapi memang kuat la angin tu. Jalan kaki laju-laju sebab nak sampai rumah cepat haha.
Pernah 1 hari tu, ribut kuat *cam nak hujan le* masa kitorang jalan nak balik rumah. Cuak sangat masa tu! Agak-agak kalau angin tu kuat sikit lagi aku dah boleh terbang balik Malaysia *okey itu tipu*. Tapi memang kuat la angin tu. Jalan kaki laju-laju sebab nak sampai rumah cepat haha.
Cuaca
sejuk melampau
Masa kat sana, musim sejuk nak ke musim bunga. So sejuk la. Kat wagga wagga ni pulak cuaca dia agak ekstrem, haihh... Malam sampai tempat ni, keluar rumah sekejap je hidung dan mata dah berair-air *cam orang kena dera*. Aku
mana tahan sejuk. Bila duduk kat sana,
aku lagi rela berpanas di Malaysia haha.
Macam-macam jadi sebab sejuk!
#
Hidung berdarah.
Standard
la hidung berdarah kan. Kalau panas
sangat pun hidung berdarah. Tapi kat
sini sejuk sangat sampai darah tu terus beku dalam lubang hidung. Akibatnya, hidung jadi tersumbat. Aku tak tahu pun aku punya hidung berdarah
sampai la aku korek dia *ye aku tau geli haha*.
Bila lubang hidung dah clear, berdarah balik, haihhh…
#
Cold rash!
Aku
tak tahu benda ni apa masa dia muncul. Tiba-tiba
je timbul bintik-bintik merah kat lower limb. Cam denggi
pun ada. Mula-mula tu cuak kot. Lepas tu lega sebab hampir semua orang kena
haha. Problemnya, lepas balik Malaysia,
benda tu tak hilang-hilang. Die jadi
warna coklat gelap pulak. Memang nangis
la kalau berparut sebab banyak kot! Agak
lama jugak la baru dia nak hilang, sekarang ni pun ada lagi kesan tinggalan tu -_-".
Tapi
aku musykil jugak sebab macam kitorang je yang sejuk terlampau-lampau, mat
saleh tu relaks je pakai seluar pendek haha.
Solat tak semestinya MESTI di surau dan bertelekung
Kat sini *bukan setakat wagga wagga*, kitorang solat merata-rata. Asalkan dah masuk waktu dan tempat tu sesuai. Kadang-kadang ada orang taknak solat kalau bukan di surau dan kalau takde telekung kan?
Kat sini, kitorang kisah apa. Bukannya senang nak cari surau. Lagipun, jadual kitorang padat. Kitorang pernah solat tepi pantai dan dekat taman. Masa attachment, kitorang solat dekat koridor yang tersorok haha.
| maroubra |
Wagga
Wagga – Melbourne
Dari
Wagga Wagga, kitorang naik keretapi ke Melbourne. Sebelum cabut, kitorang kemas-kemas rumah dan
buang sampah kat tempat yang sepatutnya.
Kalau cabut camtu je kan lesap la duit deposit rumah haha. Kat bawah ni gambar rumah kitorang kat Wagga
Wagga.
| Garaj untuk kereta and apparently... a boat! |
| jiran haha |
| backyard. benda alah tu tempat jemur kain. Ya ampun! tinggi benau tali tu, nak tercabut pinggang ni setiap kali jemur kat luar |
Kitorang
ke stesen keretapi dengan Prof Ball.
Cantik stesen keretapi tu.
Sepanjang perjalanan tu kerja kitorang makan *buat bekal nasi goreng
berbekas-bekas, setiap 2 jam makan atas train, melampau sungguh*, tidur, bangun tidur makan balik sampai habis semua bekal. Dah habis bekal, kitorang *aku-najwa-kakfatin*
pergi berjalan je cafeteria yang terletak kat gerabak tengah.
| stesen ketapi yang awesome! Boleh jadi muzium dah haha |
| yang tu la prof ball. Oh, terasa kerdil bila compare dengan dia |
| train tickets |
| ni le cafeteria kat dalam train haha, bila train stop je pompuan tu cakap, "run!" |
Elok-elok
dapat je order kitorang keretapi tu berhenti *die banyak stop*. Berlari gak la kitorang balik tempat
duduk. Kang dah gerak kan payah nak
jalan pulak. Sepanjang perjalanan tu
kitorang nampak banyak ladang canola flower *yang kuning tu*, kambing biri-biri
ngan kangaroo liar! Subhanallah,
bersepah-sepah kangaroo tu!
Sampai
Melbourne, kitorang naik bas pulak pergi airport. Sampai airport, kitorang dinner dan buat
apa-apa yang patut, lepas tu boarding.
Haha, habis cerita *mood malas datang*.
| shuttle bus tu namanya skybus |
| tu la form yang kena isi. nak balik malaysia pun kena isi jugak |
| muka bangun tido. Oh ye, kalau tak silap aku la, kalau nak ambik gambar kat area sini, jangan pakai flash. Ade le sebabnya tu |
Secara keseluruhannya, perjalanan ini sangat berbaloi. Well, I learn a LOT during the whole trip and also as a committee.
| committee yang sakit kepala dan jiwa raga haha, sorry najwa tak termasuk pulak kau, haha |
K
bai
PS: Semua yang aku tulis dalam blog ni adalah benda yang aku akan baca balik 10 tahun akan datang *kalau umur panjang*. So my writings are not to please people, it is merely for my own satisfaction.
Macam tu jugak la dengan kamera aku. I take photos to satisfy my desire *eh cam pelik pulak ayat ni*. Aku tak pernah kisah ambik gambar siapa-siapa atau apa-apa pun, cuma janganla 'over' haha. :)
Kadang-kadang orang pelik, gambar pokok sebatang pun kena ambik ke? Gambar board kelas penting ke nak ambik? Bagi aku, gambar-gambar yang aku ambik mungkin takde makna langsung kat korang, but it means a lot to me! Maybe not now, but it will someday in the future.
Aku masih ada koleksi gambar-gambar zaman sekolah menengah, even gambar papan kenyataan belakang kelas pun ada lagi. Sekarang tengok rasa pergh! Nostalgik gila. Segala video yang aku rakam dulu masih ada. Bila tengok balik rasa nak gelak guling-guling je haha.
Sebab tu aku tak pernah delete gambar walaupun muka aku takde pun dalam gambar. Aku rela delete segala movie dan drama dalam external aku to provide more space for my photos.
Ah okeh okeh! Gila panjang 'PS', boleh buat entry baru kot, haha.
Macam tu jugak la dengan kamera aku. I take photos to satisfy my desire *eh cam pelik pulak ayat ni*. Aku tak pernah kisah ambik gambar siapa-siapa atau apa-apa pun, cuma janganla 'over' haha. :)
Kadang-kadang orang pelik, gambar pokok sebatang pun kena ambik ke? Gambar board kelas penting ke nak ambik? Bagi aku, gambar-gambar yang aku ambik mungkin takde makna langsung kat korang, but it means a lot to me! Maybe not now, but it will someday in the future.
Aku masih ada koleksi gambar-gambar zaman sekolah menengah, even gambar papan kenyataan belakang kelas pun ada lagi. Sekarang tengok rasa pergh! Nostalgik gila. Segala video yang aku rakam dulu masih ada. Bila tengok balik rasa nak gelak guling-guling je haha.
Sebab tu aku tak pernah delete gambar walaupun muka aku takde pun dalam gambar. Aku rela delete segala movie dan drama dalam external aku to provide more space for my photos.
Ah okeh okeh! Gila panjang 'PS', boleh buat entry baru kot, haha.


ko pun same tulis pasal aussie gak.. setahun da kot.. haha..
ReplyDeletekelaka wey baca. teringat kenangan lama. hehe
ReplyDeletenajwa
Ani, ini conclude dah ni. Haha
ReplyDelete